career woman, and rindu?? anak nelayan..
July 14, 2006 by ikin
ikin dah 2 minggu kerja kat KPMG, KL.. hurm, first week, mmg boring sesangat.. tak der kerja nak buat.. akhirnya menghadap laptop sambil dgr lagu and baca apa2 fail.. pastu, cuma ari rabu jer balik lewat sikit, pukul 8pm, sebab nak siapkan kerja translate account from english to bm.. berpeluh jugak nak buat kerja tu.. sebab ikin mmg tak belajar accounts in bm..
pastu, the second week, pergi audit field work kat one company kat msia.. besttt .. tapi lelama penat.. sebab kena pulun buat kerja non stop.. nampak segala bintang, bulan berpusing kat kepala ni..tapi, kira best berbanding kalau tak der kerja lansung.. mati kutu dibuatnya…ikin akan mengaudit that company sampai next month..
ikin suka tgk cerita ‘dua dunia’ kat Astro.. mcm org bandar ni, duduk 3 hari kat kampung.. best tau.. dalam cerita yg ikin tgk ni, this girl duduk kat kampung nelayan… dia tolong buat keropok lekor.. kesian ikin tgk makcik2 , opah2 bekerja, nampak kuat jer.. tapi gaji yg diorng dpt tak setimpal.. kesian sangat.. sure diorang tak leh nak makan mewah2 sangat mcm ayam selalu.. tgk keadaan diorang, mcm lagi tambah keinsafan kat diri ikin, yg sbnrnya Allah dah bagi banyak nikmat kat ikin cuma ikin jer yg tak sedar.. pastu, dia tolong org kampung tu buat keropok lekor.. wahhhh.. bestnyer.. cuma proses buat keropok lekor amat memenatkan.. nanti, kalau boleh kan, ikin nak kahwin dgn anak nelayan.. tak kisahlah , asalkan dia asal org kampung, tapi berjaya dalam pelajaran and ada pekerjaan.. and kalau boleh auditor.. senangla sikit ikin kalau tak faham buat kerja, boleh tanya kat dia .. =).. pastu, mak dia jual kuih.. so, boleh lah ikin belajar kemahiran buat kuih dr emak dia.. tak payah nak beli kat kedai lagi.. especially bingkang ubi and kuih limas.. ikin pilih anak org kampung, sebab ikin rasa kebnyakkan anak org kampung ada budi pekerti yg tinggi and sopan santun.. and semangat kekeluargaan tu rapat and kasih sayang with the family..ikin perasan kawan2 ikin dr kampung mempunyai sikap yg mcm tu compared yg dibesarkan kat town walaupun family background pun is one of the factor.. masalahnya ada ker anak org kampung yg mcm tu eh lagi?? and lagipun, ikin suka pemandangan laut, sawah, sungai.. i wish i live in that world.. manusia tak pernah puaskan?? tapi, ikin kesian sangat kat makcik2 tadi, duit gaji kecil jer, mcm mana diorang nak belikan buku anak2 pergi sekolah, yuran sekolah, yuran mengaji al-quran, bayar bil.. sure biler harga minyak naik, diorang yg terasa sgt bebannya..ikin sampai nangis kalau tgk diorang mengadu yg diorang tak cukup duit nak sara hidup.. kesian kan kalau hidup, kais pagi makan pagi? mana nak cukup vitamin and kesihatan pun tak terjaga.. kesian sangat..
ikin still belum decide apa career ikin in future.. kalau jadi auditor, balik tgh malam, pukul 3 pagi, it is not an extraordinary thing.. hurm, tapi, its very challenging kan.. but, takkanlah seumur hidup nak jadi mcm tu.. nanti susahla kalau dah ada komitmen kan? takperla, ikin mmg target nak kahwin lewat sikit, so, biarlah jadi auditor dulu.. jadi pensyarah pun best, dapat pahala kat akhirat, sebab ajar ilmu, cuma ikin tak retilah nak explainkan org , nak mengajar org.. sure ikin akan jadi the most teruk lecturer in this planet…nanti dah kahwin, baru ikin tukar kerja from auditor ke internal auditor or kerja ngan bank ker.. tgklah mcm mana nanti..
tadi ikin bawa kereta sampai ke jaya jusco sebab nak beli ticket wayang dgn family mlm nanti..kira itu kejayaan kedua ikin sebab sblum ni ikin pernah drive dr pasir salak ke ipoh.. tapi itu dah berkurun lepas nak tgk .. but, still tak mahir drive lagi.. agknya kena ada tunjuk ajar raikonnen kot?baru boleh bawa keta…=) serius.. ikin tak suka drive… sebab ikin tak leh nak menikmati pemandangan tak pun tidur.. selalu kalau berjalan, ikin selalu tertidur dlm keta.. kalau dah kena drive, alamatnya, tak leh la ikin nak buat hobi ikin tu…
ada org kata, kalau kita rindu org tu, org tu akan rindu balik kat kiter? hurm, kalau ikin rindu kat mark westlife, agak2nya dia rindu kat ikin tak?? ikin suka sangat tgk gol and gince series kat channel 8.. best!! especially mohd pierre andre tu.. sweet jer muka dia.. suara dia pun sedap.. tapi, dalam next episod, dalam cite tu, dia dikatakan hidap hiv +ve.. mcm mana eh dgn gf dier nanti??pastu, ikin terfikir, kalau ikin pulak mcm mana?? maybe akan still bagi sokongan and cuba ubat tradisional and berdoa semoga dapat disembuhkan walaupun HIV sebenarnnya susah nak cure.. ikin sbrnrnya tak kisah kalau ada family members suami ikin yg sakit kronik, sebab lagipun bukannya dia yg minta semua tu.. that is a dugaan from Allah.. that is not a reason that i should not be with him.. setiap org ada pendapat masing2 kan?
ikin suka sangat ngan lagu ni ‘SABARLAH’ from Sad Angry Babies.. Lirik dia best and suara dia sedap.. mmg ikin suka dgr jenis suara yg set-set mcm ni.. suara lelaki yg mmg sedap didengar.. minta2lah suami ikin nanti pun suara set2 mcm ni.. and pandai main gitar.. lagu ‘tears in heaven’.. (dlm mimpi jerlah).. ikin suke jer berangan benda yg sememangnya tak jadi kenyataan..ikin tak suka dgr suara lelaki yg garau sgt, mcm nak tersentak jantung dibuatnya, sebab kekadang ikin ingat diorang marah kat ikin, padahal mmg suara dah mcm tu..
Band ni ditubuhkan masa diorang tgh pre u kat KMYS and diorang dulu pernah study kat Us.. Some of the lyrics…
Di masa kau tiada depan mataku, ku pilu
Teringat di saat kau disampingku
Wajahmu bersinar menyinari hatiku yang duka
Senyumanmu yang indah menenangkan jiwaku ini
Tapi…
Sabarlah sayang
Sabarlah kan ku pulang di sisimu
Dan tiba masa ‘tuk kita bersama
Cahaya matamu memukau jiwa ini
Degupan jantungmu didakapanku
Namun itu semua ingatan yang ada padaku
Daku pun mengerti semua ini sukar bagimu
Usahlah bimbang
Jangan kau fikirkan selalu
Kerna masa kan berlalu
Sebentar sahaja
nak dgr lagu ni, dgr kat sini
sronok baca crita2 ikin..