Siti Israha dalam kenangan…
June 4, 2006 by ikin
Siti Israha Othman.. My lovely friend.. Kenal dia since sekolah rendah lagi time sekolah agama masa darjah 4.. Such a friendly girl.. Sebab mula2 masuk memang Ikin takde kawan.. teringat lagi, lepas giliran mengaji Al Quran, ikin sama2 ngan siti balik umah siti meng’ngap’ roti cekelat sambil menunggu ustazah habis mengajar ngaji budak2 lain..pastu, masa transfer sekolah ke Sungai Rokam, ikin balik satu bas ngan dia.. mcm2 idealah kami dok sembang bersama..
Masa Ikin sakit kanser dulu, dia datang bagi semangat kat Ikin.. Frankly speaking, Ikin tak sangka umur ikin panjang setakat ni.. Sebab masa ikin sakit kanser dulu, doktor sendiri cakap harapan ntuk hidup 50/50. Tapi, tak sangkakan Siti yang pergi dulu dari ikin..
Masa kat Gunung Rapat, Ikin ngan siti still sekelas.. Dia mmg jenis talkactive mcm ikin, so banyaklah benda yg kami gosipkan.. Dan masa form 2, ikin kena jadi pengawas percubaan dgn siti.. mmg muka ikin selalu pemalas nak pergi meeting pengawas.. asyik2 kena marah jer.. buat itu tak kena, buat ini tak kena.. walaupun head prefect marah sekadar menyeluruh tak spesifik kat sesiapa, tapi telinga ni agak berdesing jugakla mendengarnya..
masa form 3, ikin tukar kelas.. tapi yet still, kawan baik dgn siti and nad.. tak der beza pun tukar kelas, sebab bagi ikin persahabatan tu penting… and form 4 terus ikin kuar dari smgr and hanya dgr khabar berita diorang from nad..
pastu masa ikin kat sunway college, ikin kuar makan kfc ngan kawan2 ikin kat pyramid.. pastu, tetiba ada org tgk ikin semacam..dia tanya, shikin ker? ikin pun pelikla .. bila tgk betul2 , mmglah itu siti.. sebab iyelah, dah lama tak jumpa, and tak expect nak jumpa timme tu pun.. sempat lagi dia usik, awatmakin chubby? ikin tak kisah pun sebab siti mmg kuat mengusik..
then, lepas ikin fly, nad cakap siti kena warded kat selayang hospital.. ikin pun pelikla, sebab sebelum fly yg ikin terjumpa kat pyramid, dia nampak sihat.. tapi, kita tak tahukan urusan Allah.. then, masa balik cuti summer 2005, the next day smapai msia, ikin teman ayah pergi pasar.. pastu, terjumpa dgn siti and syakirah.. mmg tak sangka pun jumpa diorang.. ikin tgk siti nampak sihat jer.. and then, ikin cakapla kat diorang, yg kalau boleh nak kuar sekali.. siti kata dia ok jer.. tapi sepanjang kami kuar kat jusco, dia tak cakap pun dia sakit.. ikin tanyala, siti ada sakit apa? dia cakap dulu adalah dia sakit skrg dia kata dia dah ok.. ikin pun tak cakap apa2 lagi.. cuma dia sempat pesan yg call lah dia bile free.. time balik msia last year betul2 sibuk.. mana nak tgk danial exam, dgn balik frm praktikal kat audit firm.. penat mmg penat.. sampai nad merungut ikin tak balas msg dia.. last kali, ikin tgk siti masa ikin lambai kat dia, cakap bye bye, masa ikin hantar balik ke rumah dia selepas berjalan.. tak sangka, lambaian tu ialah kali terakhir frm dia untuk ikin…
masa bulan 2 ari tu, time ikin tahap kronik sibuk dgn assignment and personal problem, siti htr testi, cakap ‘eeiii rindunya nak peluk dia.. miss u so much..tak rindu siti ker? nanti balik bgtau ct yer? bila lagi kita boleh jumpa?’ dia ada bg no tel jugak.. ikin ingatkan nak contact masa cuti summer nanti.. tapi, Allah lebih sayangkannya.. ikin mmg terasa sebak sangat bila baca testi tu.. mmglah ikin menyesal sebab tak bertanya khabar dia, sebab mmg kat sini hidup ikin pejam celik dgn assignment and tutorial.. kalau ikin tensen, ikin akan pergi ke rumah kak ina and main ngan baby dia .. dah tak sempatnak berjalan2 masa first yr dulu, tiap2 weekend pergi jalan2.. sampaikan ikin rasa mcm bersalah kat diri ikin, sebab dah tak de masa nak lakukan solat2 sunat and macam sediakan hidup ikin dgn bekalan akhirat..
Siti Israha, ikin doakan siti dijauhkan dari azab seksaan kubur dan mendapat nikmat syurga Firdaus.. Maafkanlah sekiranya ikin ada menyakiti hati siti secara sengaja atau tak sengaja.. Siti yg ikin kenali mmg semangat setiakawan dan peramah.. Dan kepada kawan2 ku yg membaca blog ini, Ikin minta maaf kalau ada salah silap sebab Ikin tak nak kena cari masa kat Akhirat nanti and pohon maaf.. Ikin mmg tak terlepas from salah silap.. Ikin dah kehilangan seorang sahabat yg berharga dalam hidup ikin.. Kita tak tahu bila masanya ajal kita akan sampai.. Jadi, kita kenalah berusaha mencari bekalan akhirat suapaya kita dapat ditempatkan dgn para solehin.. Hidup kita hanya secebis cuma, hidup di dunia ini hanyalah mempunyai nikmat yg sedikit, alam akhirat yg kekal abadi.. Ikin harap kalau ditakdirkan oleh Allah ikin menemui ajal di bumi UK, ikin nak dikebumikan secepat mungkin di sini.. Tak usah nak bawa jenazah nanti balik Msia, sebab dah tak de maknanya.. Sebab tubuh kita berasal dari tanah, jadi tak kisahla tanah Uk atau Msia, ianya tetap sama..
Ajal , jodoh, pertemuan semuanya ditangan Allah.. Kita hanya boleh menerima takdir Ilahi dgn hati yg tabah..